1.Kaedah pandang
sebut
i)
Bahan bantu
megajar
Melalui kaedah ini, murid hendaklah menyebut suku kata
tanpa menyebut huruf satu persatu. Kaedah ini sesuai untuk tahap murid yang
sederhana dan cerdik.
Guru mempamerkan
kad imbasan tersebut dan menyuruh murid menyebut perkataan pada kad tersebut. Setelah murid
menyebut perkataan tersebut. Murid-murid diberikan kad tersebut untuk setiap
kumpulan. Setiap kumpulan perlu cerakinkan huruf-huruf daripada perkataan
tersebut.
Secara tidak langsung, murid lemah boleh terlibat sama
dalam aktiviti tersebut dan akan memberi impak yang besar kepada murid lemah
supaya bergiat aktif dalam aktiviti ini dan seronok serta dapat menarik minat
murid untuk lebih faham kepada isi pelajaran tersebut.
2. Kaedah seluruh
perkataan
Melalui kaedah seluruh perkataan ini, murid menyebut pada gambar yang dipamerkan oleh guru. Secara tidak langsung murid dapat menyebut seluruh perkataan melalui melihat gambar sahaja.
Murid menyebut perkataan yang ditunjukkan oleh guru
dan murid meniru sebutan guru.
Setelah itu,
murid menyebut huruf yang dicerakinkan bersama-sama.
Melalui kaedah ini, murid-murid seronok dan cepat untuk
memahami sesuatu perkataan dengan mudah berdasarkan gambar yang diberi.